Apabila seorang lelaki dan perempuan bersama dalam keadaan menghairahkan seterusnya berlaku perhubungan jenis maka dengan izin Allah maka akan dikurniakan apa yang dipanggil zuriat. Perhubungan yang berlaku tidak kira samada mempunyai tali ikatan perkahwinan atau tidak maka ia akan menjadi satu titik dimana akan dikurniakan anak atau tidak. Ia bergantung sejauh mana proses persenyawaan antara seperma lelaki dan telur perempuan. Proses yang mengambil masa sehingga sembilan bulan itu memberi impak yang besar kepada pasangan tersebut.
Namun terdapat beberapa kes yang menyebabkan kandungan itu tidak dapat di teruskan. Antara sebab-sebab yang dibolehkan untuk dihentikan kandungan itu atau pengguguran kandungan itu ialah:
1. Kes yang kritikal seperti wanita mengandung yang terlibat dalam kemalangan.
2. Bagi mengekalkan kesihatan mental dan fizikal ibu.
3. Bagi menghalang kelahiran janin yang dikesan mempunyai kecacatan teruk.
Namun keputusan untuk menggugurkan kandungan adalah tertakluk kepada hukum menggugurkan kandungan dari fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan dimana ulama sepakat menyatakan bahawa:
“Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-26 yang bersidang pada 7 – 8 Mac 1990 telah membincangkan Pengguguran Kandungan Kerana Kecacatan. Muzakarah telah memutuskan bahawa haram menggugurkan janin di dalam kandungan, kecuali atas sebab-sebab kecacatan yang teruk yang boleh membahayakan nyawa ibu.” rujuk e-fatwa.gov.my
Antara kaedah yang dilakukan untuk menggugurkan kandungan ialah melalui kaedah paksaan:
1. pengguguran kimia – melibatkan penggunaan mifepristone dan prostaglandins, biasanya dilakukan di peringkat awal kehamilan.
2. pengguguran pembedahan – Penyedutan dengan vakum (dilakukan secara manual atau elektronik – menggunakan mesin elektronik) – bagi usia kandungan kurang dari dua belas minggu. Dilatasi dan pengkuretan (D&C) – bagi usia kandungan 15-24 minggu. Dilatasi dan penarikan keseluruhan bayi – bagi usia kandungan melebihi dua puluh empat minggu.
Namun kesan atau kompilasi keatas pengguguran secara pasaan ini adalah seperti berikut:
1. Pangkal rahim terkoyak
2. Tertembus rahim
3. Pendarahan teruk
4. Jangkitan pada organ pembiakan
5. Kemandulan
6. Kematian – disebabkan oleh komplikasi bius, pendarahan yang teruk atau jangkitan yang tidak terkawal.
Isu-isu yang timbul akibat daripada perbuatan melakukan pengguguran kandungan.
Pengguguran secara paksa telah menimbulkan pelbagai persepsi dan perbincangan didalam masyarakat dimana ia melibatkan etika, akhlak, falsafah, biologi, agama dan undang-undang. Secara amnya pendapat-pendapat mereka boleh dibahagikan kepada dua iaitu:
1. mereka yang menyokong – iaitu kumpulan wanita yang menuntut supaya diberi kebebasan kepada kaum wanita membuat keputusan sendiri dalam hal-hal reproduktif.
2. mereka yang menentang – mereka yang menganggap menggugurkan kandungan adalah zalim dimana janin mempunyai hak untuk hidup.
Pesanan Syarih: Kepada semua wanita dan remaja khususnya perlulah merujuk kepada mereka yang arif dalam hukum-hukum ugama Islam dalam mempertimbangkan apa jua keputusan keatas kandungan mereka. Pengguguran adalah HARAM di Malaysia kecuali atas sebab-sebab perubatan. Setiap individu mesti sedar, pengguguran tanpa sebab perubatan adalah satu kesalahan di bawah undang-undang Malaysia (Kanun Jenayah / Penal Code). Mereka yang ingin mendapat maklumat lanjut berkaitan fatwa mengenai pengguguran boleh melayari : http://www.e-fatwa.gov.my/jakim/keputusan-kategori.asp.





